![]() ![]() holaa peeps :* you've stepped onto my world. please be nice here. no harsh word okayy. thanks for coming. enjoy! ► My Friends ► Story Morry ![]()
assalamualaikum stalkers!
saya online sekarangg :)
jangan lupa follow okay!
![]() Template By : RazHaikalRadzi Blogskin : RazhaikalRadzi Re-Edit By : ME
| Penghujung Cinta
Saturday, 19 January 2013 | 08:30 | 0COMMENTS
PENGHUJUNG CINTA
Ku melihatnya berjalan dari jauh.Hatiku sayu setiap kali melihatnya bersama kenangan yang lalu.Tidak mudah melupakan kenangan itu.Hatiku memikirnya sendirian..
‘Oit,apa yang kau tengok tu??,sergah Fifah.’Terkejut laa aku kau ni,,tak ada apa laa,,saje tengok budak-budak ini balik,jawab aku.Dia pun turut menjenguk ke bawah.’Aishh,kau tengok budak-budak ini ke kau tengok Hakim??,sangkal Fifah..
Aku hanya diamkan diri,malas nak bahaskan.. Fifah. mengikuti aku dari belakang sambil mengemaskan buku untuk balik.Aku buat tak tahu dengan apa yang kawan baikku itu cakap.Apa yang diberitahunya memang betul,.Aku masih tidak dapat melupakannya lagi tapi apa yang mampu aku lakukan,,perasaan ini tetap saje tidak mahu hilang,Aku pasrah!
Malam itu aku hanya study,,maklumla spm dah nak dekat,,Selepas study tu aku kemaskan buku-buku,,mata pun dah nak mengantuk.s0,aku nak tidur..dua,tiga minit aku nak lelapkan mata handphone aku bergetar,,satu mesej yang masuk,,rupa-rupanya Hakim yang hantar,,walaupun mata mengantuk aku tetap balas mesej die..Kami mesej sampai pukul 1 pagi..
Aku tahu yang dia masih sayangkan aku tapi keadaan yang memaksa untuk aku berpisah dengan die,,betapa perit untuk aku merasai semua ini,merindui die dalam setiap waktu,.hakikatnya hati aku masih miliknya walaupun kami sudah lama berpisah,.,aku cuba tabahkan hati aku walaupun dia selalu menyakiti hati aku,,aku akan cuba tersenyum untuk die.,dia adalah segala-galanya bagiku walaupun aku dah cuba untuk bukakkan hatiku pada insan lain..
Keesokannya,,aku ke sekolah macam biasa,,Orang lain tak pernah tahu yang kami masih berhubung,,lagipun selepas peristiwa itu berlaku kami langsung tidak bercakap di sekolah,.Aku rasa itu yang terbaik untuk kami.Pada hari itu juga ada pelajar baru yang masuk kelas aku..Namanya Amir..Pelajar dari k.l..Agak pandai,,Kami berkenalan macam biasa,,aku hanya kenalkan diri aku,,Begitu juga dengan pelajar perempuan yang lain..pelajar lelaki lain cerita laa…
Sejak pelajar itu masuk,,ramai perempuan yang minat dekat die..mana tak nya,,pandai,hensem,anak orang kaya pulak tu,,Tapi aku tengok biasa-biasa saje..malas aku nak ambil tahu..bagiku perkara itu dah tiada dalam diriku,,yang penting sekarang hanya pelajaran!! Dalam diam Hakim masih ambil tahu pasal diriku Cuma egonya mengatasi segala-galanya,,walaupun hatiku sakit dengan sikapnya tapi aku terima dan aku berharap yang aku masih mampu memaafkan dia walaupun dia bersikap macam tu.hakikatnya aku terlalu rindukan dirinya yang dulu!!
Namun pada satu hari,,aku study sendirian dekat bangku di taman sambil tunggu ibu aku menjemput aku,,tiba-tiba Amir menegur ku,,aku hanya tersenyum.dia duduk di hadapan aku..Aku merasa tidak selesa takut-takut ada orang yang Nampak..tapi aku hanya teruskan dengan kerja aku. Amir mula untuk berbual dengan aku..aku fikir tiada salahnya kalau aku berbual dengan dia lagipun dia hanya teman sekelas aku..dalam masa kami berbual, Amir mengatakan bahawa dia menyukai aku..aku terkejut..aku berkata’jika awak menyukai saya sebagai kawan,,saya terima..tetapi jika lebih dari itu,,maafkan saya,,saya tak boleh terima’. Amir menyoal ku ‘tetapi mengapa?’.aku membalas,,’saya tak berminat..aku meminta diri dan meninggalkan Amir sendirian di situ.
BERSAMBUNG....
Malamnya,selepas solat isyak aku mengulangkaji pelajaran,,memikirkan exam yang semakin dekat membuatkan aku semakin risau,,tiba-tiba aku teringat dengan kejadian tadi,,aku harap Amir faham dengan pendirian aku,,sedang aku khusyuk belajar,,tiba-tiba masuk satu mesej dalam handphone aku.,,pada skrin tertera nombor yang aku tidak kenali.terus aku membuka mesej tersebut,,’saya harap awak memberi saya peluang,,- Amir -‘.itulah yang tertera pada mesej itu,aku terkejut.entah dari mana dia dapat nombor aku.apa yang membimbangkan aku yang Hakim akan tahu perkara ini.aku takut Hakim tidak percaya dengan aku.aku cuba lupakan masalah aku dengan study malam itu..akhirnya aku terlena di meja belajar.,
'Zara!!!'panggil Fifah,,'Apa menda jerit-jerit ni?'tanya aku..Dengan tercungap-cungap dia menjawab..'kau,,,kau kena tolong aku.'.'Tolong apa?'tanyaku kembali..'Pasal Fandi'..Aku menjadi pelik lantas aku menanyakan dia semula 'Kau gaduh dengan dia pulak ke??Adui laa aku kena tolong selesaikan laa nie pulak,,Korang ni macam-macam laa..Tak pernah nak aman,'.Fifah menjawab 'hehe..macam laa kau tak kenal aku dengan dia macam mana..Kami mana pernah nak aman,,tolong aku ye,,'.Aku diamkan diri sambil memikir apa yang patut aku lakukan..Kalau tak tolong kesian pulak aku kat minah ni,,Menangis tak berlagu laa jawabnya,,'yea laa nanti aku tolong''beritahu aku..'Tapi korang bergaduh sebab apa?tanyaku kembali..Fifah mengeluh.'Apa lagi lau tak sebab cemburu dia yang tak tentu pasal laa..lau dia tu tak pe pulak..pening aku tau tak melayan dia".membebel Fifah..''Nanti laa aku terangkan dekat dia..Aku lagi pening layan korang berdua ni"pujukku..''Ok,terima kasih ye,,aku ad kelas nie,,aku pergi dulu..jumpe petang nanti''kata Fifah sambil berlalu pergi,
Masa pulang daripada sekolah aku terserempak dengan Fandi,,''Fandi!!!"laungku.Fandi menoleh ke arah ku,"Apa dia yang kau panggil aku??"tanya Fandi.."Aku nak cakap dengan kau kejap."jawabku.."Pasal ap??pasal Amir ke??Tanya Fandi sambil tersenyum sinis."Buat apa aku nak tanya pasal dia??buang masa aku je..Aku nak cakap pasal makwe kau tu laa..Kau gaduh lagi ye dengan dia??Kali nie pasal apa pulak??"tanyaku bertalu-talu..''Dia mengadu kat kau pulak??Dia yang mulakan dulu..Lau aku dekat dengan girl lain dia marah lau dia tu tak pe pulak,,tak adil laa macam tu"marah Fandi..''Aku tak boleh nak komen apa-apa cuma apa yang boleh aku cakap bincang elok-elok dengan dia,,hal nie tak akan selesai kalau korang bersikap macam nie..aku akan cuba nasihatkan Fifah tu,,"nasihat ku..''Entah laa,.,aku pun tak tau nak cakap apa,,nanti laa aku bincang dengan dia''keluh Fandi.."Ermm,,aku nak balik nie,,jangan lupa apa yang aku cakap tu..kataku sambil menuruni tangga,,
Malamya entah kenapa aku tidak boleh fokus untuk belajar.Aku kebingungan kerana tidak pernah menjadi begini kepada diriku.Aku pergi mengambil wudhuk untuk solat dan berharap selepas itu aku dapat tumpukan perhatian.Setelah solat aku mengeluarkan beberapa nota untuk ku baca tapi malangnya segala apa yang aku baca langsung tidak masuk ke dalam fikiran ku.Fikiran ku menjadi serabut.Akhirnya aku mengambil kertas dan menulis kata-kata yang bermain dalam fikiran ku.
RASA HATI
Dalam pengharapan,
Pasti ada kecewa yang mengundang,
Mengharapkan pelangi hadir selepas hujan,
Tapi sayang ia ditimpa hujan tanpa henti,
Entah lah bila ia akan berakhir,
Sebuah kesedihan yang mengharapkan sinar
kebahagiaan
Di saat hati belum bersedia,
Hadir sang pencinta mengharapkan kasih,
Tidak mudah untuk menerima ,
Seandainya hati masih terluka kerana sang lelaki,
Berusaha sehabis mungkin melupakan kekecewaan,
Namun,hati semakin sakit merasai rasa kecewa,
Ku mengharapkan ada insan yang mengerti,
Tapi tidak,
Hanya ALLAH sahaja yang mengerti perasaan ini….
Kucoretkan luahan hati ini di atas kertas putih,,Ini lah perasaan yagn aku alami sekarang.Sukar untuk ditafsir.Akhirnya aku membuat keputusan untuk tidur,Helaian kertas aku selitkan di dalam buku,Biar lah ia kekal di situ.
‘Zara!!’aku pun menoleh.rupa-rupanya Amir..aku mempercepatkan langkah ku,, Amir cuba mengejar aku,,nasib baik aku cepat sampai kat geng-geng aku.dalam kelas,kawan-kawan aku syak yang Amir suka kat aku.aku menyangkal apa mereka katakan.aku malas nak layan..Petang tu aku menerima mesej daripada Hakim..’betul ke apa yang saya dengar tadi?’soal Hakim.aku sudah mengagak apa yang bakal dia Tanya..aku membalas mesej itu ‘Amir suka atau tidak kat saya itu hak dia tapi saya dah tak nak terlibat dengan soal itu,,bagi saya hanya PELAJARAN yang penting.’.beberapa minit kemudian,,Hakim membalas mesej aku,,’jadi betullah??’aku membalas,,’entah,saya tidak tahu’..selepas itu Hakim tidak membalas mesej aku..aku memilih untuk diamkan diri.Malas nak layan,Tiada apa yang boleh dibincangkan,Aku sudah letih,
Pada keesokannya,,aku belajar seperti biasa..Namun fokus aku terganggu dengan pandangan Amir..Pandangan Amir tidak mampu untuk memadamkan wajah Hakim di hatiku.Aku tahu Hakim mengetahui yang Amir memandang ke arah ku tapi dia bersikap bersahaja dalam masa yang sama hatinya sakit.’maafkan aku,Hakim..ini bukan permintaanku’,berkata aku sendirian.Selepas masa kedua,,kami sekelas dikehendaki masuk ke perpustakaan.Aku membuat ulangkaji bersama kawan-kawan aku..Tiba-tiba Amir menghampiri tempat aku dan kawan-kawanku belajar,,Amir meminta dengan kawan-kawanku untuk bercakap dengan aku sendirian…Kawan-kawan aku dengan ‘sporting’nya beredar ke meja yang lain,,Aku agak marah dengan tindakan mereka,tapi aku tak mampu buat apa-apa. Amir duduk di hadapan aku,,Hakim memandang ke arah kami,,aku ingin bangun tetapi aku takut Amir akan bertinndak lebih jauh lagi.Amir memulakan perbualan,,’kenapa awak mengelakkan diri daripada saya?’,Tanya Amir..’tiada yang penting untuk dibualkan’,balas aku,, Amir bertanya lagi..’kenapa mesej saya awak tidak balas?’aku membalas ‘tiada yang penting,,saya harap awak faham apa yang saya cakap tempoh hari Amir mula menyoalku kembali,,’tapi mengapa?’.Amir,. saya nak fokus kat pelajaran.’balasku..Amir memotong ayat aku,,’atau awak masih tak boleh lupakan dia lagi??saya tahu kisah cinta awak dengan dia dulu tapi lupakanlah dia,,dia tak sesuai untuk awak..’.aku mula merasa marah..’awak tak ada hak untuk menentukan siapa yang sesuai untuk saya!!saya lebih kenal diri saya dan siapa diri dia!!.balasku,.Kawan sekelas aku terkejut dengan tindakan aku,.Aku mula beredar dari pustaka,hatiku bertambah sakit dengan tindakan dia.
Jam menunjukkan pukul 11 menandakan waktu rehat bagi pelajar menengah atas . Aku dan Fifah menuruni tangga sekolah . Dalam perjalanan menuju ke kantin , tiba-tiba Amir memberhentikan langkah kami . `Fifah , aku nak cakap dengan kawan kau kejap ‘ kata Amir . Fifah pelik dengan perubahan sikap Amir yang begitu berani sekali itu . Walaupun Amir merupakan pelajar baru di sekolah , Amir sangat dikenali dengan sikap pemalu apabila bercakap dengan pelajar perempuan . Tindakan beraninya memberhentikan langkah aku benar-benar mengejutkan aku .
`Fifah , kau tolong cakap kat mamat nim tiada apa yang perlu dicakapkan lagi ‘ kataku dengan suara yang begitu tinggi . Belum sempat Fifah berkata- kata, Amir menarik tangan aku dengan kuat sekali .Dia kelihatan seperti dirasuk apabila berkelakuan demikan . Fifah berlari kearah aku dan menarik baju Amir untuk memberhentikan langkah Amir .
` Woiiii , kau nie kenapa Mir .. lepaskan Zara sekarang atau aku jerit nama Sir Ayub’. Amir melepaskan tangan aku sambil meminta maaf . Panggggg .. Satu tamparan dari aku melekat di pipinya .`Aku tak sangka macam ni perangai PELAJAR PANDAI ‘ kataku dengan aliran air mata yang laju sekali ..Amir hanya mampu menundukkan kepalanya sambil memegang pipinya tanpa berkata apa-apa. Aku berlari ke arah kelas tanpa menghiraukan Fifah yang memanggil aku .
Aku masuk ke kelas dengan muka yang merah dan menuju ke arah meja . Fifah masuk ke kelas dan menghampiri aku . `Zara , dah la tu nangis .Aku tau kau sedih sebab sebelum nie kau tak pernah diperlakukan sedemikian rupa.Amir tu memang dasar lelaki buaya.Nampak jew baby face tapi perangai hampeh.Sabar k , Zara. Siap larh mamat tu lau aku jumpe dier .Aku belasah dier cukup-cukup’ bebel Fifah sendirian. Aku bungkam tanpa berkata apa-apa. Amir masuk ke kelas dengan muka yang sangat bersalah. Dia ingin meminta maaf kepada aku tapi aku mengelakkan diri kerana masih belum dapat melupakan apa yang telah berlaku . Selepas tamat waktu persekolahan ,aku dan Fifah akan menunggu ibu kami datang menjemputku. Aku pulang agak lewat dari kebiasaannya . Aku memasuki kereta dengan wajah yang muram . Ibu pelik dengan perubahan sikap diriku yang tiba-tiba.
`Ada masalah ke kat sekolah ?’ kata ibu sambil memandu kereta.
`Tak de apa-apa’jawabku tanpa memalingkan muka . `Kalau Zara ada problem kat sekolah , bagitau ibu . Mungkin ibu boleh bagi nasihat atau mengurangkan masalah dalam kepala Zara. Ok ? ‘kata ibu . Aku hanya mampu mengangguk tanda mengerti apa yang diberitahu . Aku nekad untuk tidak melibatkan diriku dalam alam percintaan.Tapi sejak kehadiran Amir ke sekolah aku, masalah yang kian berkurang semakin menjadi –jadi. Aku buntu .Tambahan pula , Hakimi jarang menghantar sms kepada ku .Apa yang patut aku lakukan ? Patut ke aku mendiamkan diri juga ? Pelbagai persoalan yang bermain di minda. Aku risau masalah ini akan mengganggu tumpuan aku dalam pelajaran . SPM merupakan peperiksaan terbesar yang aku harus ku tempuhi dan bakal menentukan masa hadapan aku kelak . Aku melihat iPhone aku dan mendail nombor telefon Fifah . Aku menceritakan apa yang mengganggu benak fikiranku.Hatiku menjadi lebih lega selepas menceritakan masalahku kepada Fifah.
Keesokannya aku pergi sekolah seperti biasa.Hilang segala semangatku.Aku menjadi tiada mood untuk belajar. Waktu persekolahan tamat pada hari itu,aku menunggu ibuku di tempat biasa sambil membaca nota-nota kecil.tiba-tiba Hakim berjalan ke arah ku dan duduk di hadapan ku.aku terkejut.,,dia mulakan bicara,,’Zara ok?’tanya Hakim..’ok je,nape?’balasku..’kenapa awak tak terima dia?apa yang dia cakap kat awak di library itu betul..saya tak sesuai untuk awak..’sambungnya,.’sebab hati saya bukan pada dia dan saya tak nak terlibat dengan perkara macam itu’balas ku lagi.’bagi laa dia peluang..jawabnya..’kenapa dengan awak ni??awak dah tak sayang kat saya ke??saya pertahankan semua ni hanya sebab awak..awak tahu hati saya milik siapa..walaupun awak tak nak ada kaitan dengan saya tak perlulah awak minta saya untuk terima sesiapa dalam hidup saya..saya bukan boneka awak,,,luka dulu masih berdarah lagi..saya harap awak faham..’aku membalas…aku meninggalkan Hakim sendirian di situ…hatiku sungguh sakit…
Malam tu hatiku merasa tidak tenang..apa sahaja yang aku lakukan pasti ada yang tak kena..aku menerima mesej daripada Amir dan Hakim,,mereka mengucapkan kata maaf kepadaku..aku membiarkan mesej itu begitu..Apa yang terjadi pada hari ini dan kelmarin amat menyakitkan bagiku..Aku tidak boleh membiarkan perkara ini berlarutan.Akhirnya aku memutuskan untuk berjumpa dengan Amir esok memandangkan esok hari minggu bagi menyelesaikan masalah ini,,, Aku mengaturkan pertemuan antara aku dengan Amir di sebuah taman..’hai Zara!!,sapa Amir,,’hai,aku ada beberapa perkara untuk berbincang dengan engkau..’tambah aku..’pasal apa?’tanya Amir..’pasal perkara tempoh hari,aku tak nak hal ini berlarutan,,aku minta maaf aku tak boleh nak terima engkau dalam hidup aku,,dan tak usah laa engkau menyuruh untuk aku lupakan dia…aku punya hak untuk tentukan sendiri,,engkau carilaa perempuan yang lebih baik sebab tak mungkin aku akan terima engkau dalam hidup aku’,jelasku..’sekarang sudah lain cara awak bercakap dengan saya tapi tak apa saya terima je.Zara,,tak boleh ke bagi saya peluang walaupun sekali?’tanya Amir,,’kau ingat apa yang kau buat tempoh hari kat aku kau layak untuk aku cakap ‘’saya awak’’ dengan kau??,,dulu aku hormat dengan kau tapi sekarang I’m sorry..kau tak layak untuk itu..sudah cukup baik aku cakap elok-elok dengan kau..aku harap kau faham..ok assalamualaikum’jawabku…aku ingin beredar dari tempat itu,,namun tiba-tiba tangan ku dipegang oleh Amir,,aku cuba untuk melepaskan diri daripada genggaman Amir,namun genggamannya makin kuat,,,katanya’saya akan berusaha memenangi hati aku suatu hari nanti,,maaf saya terpaksa pegang tangan awak buat kali kedua.’.lepas itu dia lepaskan tangan aku.aku sangat takut bercampur marah dengan apa yang diberitahunya,,,Aku berharap dia tidak akan lakukannya.. Pinnponnpinnpunn..Telefon Fifah berbunyi menandakan ada panggilan dari seseorang . Dengan segera Fifah mengambil Blackberry kesayangannya untuk menjawab . Fifah berasa pelik apabila meneliti nombor yang tertera di skrin telefonnya.Untuk mengetahui siapa yang mendail nombornya, dia menekan butang jawab pada telefonnya. `Assalamualaikom..Sape nie ?’ kata Fifah `Walaikomsalam.Amir nie.Fifah , aku mintak maaf kalau aku ganggu kau .Mesti kau tengah study kan sekarang.’ Jawab pemanggil misteri itu.Fifah terkejut apabila nama Amir yang dituturkan. Fifah tiidak ingin bercakap lebih lanjut dengan Amir . Namun , mesti ada udang di sebalik mee . `Apahal kau telefon aq malam-malam buta nie ? lagi satu , mane kau dapat nombor aku nie.Setahu aku , aku tak pernah bagi nombor phone aku kat kau.’ Tanya Fifah . `Aku ambil nombor phone kau dengan Farid.Aku nak mintak tolong kau pujuk Zara untuk maafkan aku . Boleh ? Tolong larh Fifah .Aku tahu kau pun dah benci ngan aku sebab aku bersikap kurang ajar dengan dia hari tuu.Tapi aku tak tahu dengan siapa lagi aku kena mintak tolong. Aku bersalah sangat dengan dia.Tolong aku Fifah .Plezzzz….’ Amir merayu dengan suaranya yang rendah. `Kene kew aku tolong kau lepas ape yang kau buat kat kawan aku ? Deyy ,, piiiirraahh…. Tak hingin aku tolong kau. Kau yang gatal cari masalah.Kau selesaikan lah sendiri.’ Kata Fifah dengan marah. Belum sempat Amir meneruskan percakapannya, Fifah terlebih dahulu menghentikan perbualan mereka. `Ceh..kalau ada masalah baru kau cari aku.' kata Fifah sambil memegang telefonnya . Petang itu aku termenung sendirian selepas menyiapkan homework yang diberikan oleh cikgu,,,memikirkan apa yang berlaku kepada aku membuatkan fikiranku berserabut,,,Sedang aku asyik termenung tiba-tiba handphone aku berbunyi.Tertera nama Fifah pada skrin handphone ku.Pasti ada sesuatu yang ingin diberitahunya berkata ku di dalam hati..Aku pun menjawab panggilan tersebut,’’Hello,,ada apa?”mulaku berbicara..”Tadi si Amir call aku.”jawab Fifah.Aku merasa terkejut dengan apa yang diberitahu oleh sahabatku itu,lau aku bertanya,”Dia nak apa dengan awak??dia cakap ap??”.”Ermm,,dia minta tolong aku untuk pujuk engkau,,lepas tu aku cakap la kat dia tak boleh dan aku pun marah kat dia.”beritahu Fifa..Aku merengus..”Dia tu memang tak faham bahasa,,padahal aku dah beritahu dia kelmarin”berkataku dengan geram.”Maksud kau,kau pergi jumpe dengan dia kelmarin?,tanya Fifah kehairanan.’’Ermm,aku pergi jumpe dengan dia senyap-senyap kelmarin,sory laa tak kasi tahu kau.”jelasku lagi..”0ww,,patut laa dia call aku pun.rupa-rupanya kau lepaskan kepala angin kau kat dia..memang patut kau buat dia macam tu.K aku kena pergi dulu.Bye!!”Fifah akhirkan panggilan.”Ok bye”,balas ku pula.Aku mematikan handphone.Perasaan marah aku pada Amir semakin membuat.Tahu laa apa yang aku patut buat kat dia. Fikiran ku kembali menerawang entah ke mana.Entah kenapa fikiran ku teringat pada perkenalan dulu.Semuanya tak dirancang langsung.Fikiran ku menerawang pada kenangan satu tahun lalu.Semuanya di luar jangkaan aku.Sebenarnya Hakim tu bekas kekasih kawan rapat aku.Pada mulanya,aku dengan Hakim hanya sekadar main-main dan aku dengan dia tak mungkin akan couple.Lagipun Hakim tu jenis playboy.So,tak mungkin aku akan couple dengan dia.Pada mulanya dia berfikiran sama.Aku tak tahu pun yang dia telah putus hubungan dengan kekasih dia tu.Sebulan lepas tu baru aku tahu.Itu pun Fifah yang kasi tahu aku.Kalau tak memang aku tak tahu la.S0,lepas aku tahu tu,aku buat tak peduli la.Lagipun tu bukan hal aku.Selepas tu Hakim mula adjust aku.Aku jadi serba salah.Pada mulanya aku main-main je sebab aku fikir Hakim tu hanya sekadar bergurau.Lagipun semua orang tahu perangai Hakim yang suka bergurau tu.Selepas tu bekas kekasih Hakim marah kat aku.Dia cakap aku rampas Hakim daripadanya.Aku hanya diamkan diri.Aku tak tahu apa yang patut aku lakukan.Hakim pun menjelaskan perkara yang sebenarnya kat aku dan dia berjanji dia akan selesaikan perkara ini.Selepas beberapa minggu,akhirnya perkara itu selesai juga.Hakim tetap juga hantar mesej kat aku.Aku balas mesej dia sebagai kawan.Lama-kelamaan,hubungan kami menjadi rapat.Entah bila timbul perasaan sayang.Tetapi aku cuba menidakkan perasaan tu.Tiba-tiba dia melamar aku untuk jadi kekasih dia.Aku pun terima sekadar ingin mencuba.Lama selepas tu hubungan kami semakin serius.Selepas sebulan,dia minta putus.Aku terima je laa.Lagi pun perasaan aku kat dia tak kuat sangat.Tapi,kurang tiga jam,dia minta sambung balik.Di situ lah,aku sedar yang dia betul-betul sayangkan aku hingga lah sekarang.Tapi mungkin keadaan sudah tak sama seperti dulu.Aisshh!!!,jauhnya aku menerawang,Aku pun tutup tingkap.Hari sudah semakin gelap. “Ding dong ding dong.Assalamualikum dan selamat tengah hari.Perhatian kepada semua pelajar tingkatan 5 , anda dikehendaki turun ke dewan blok E sekarang.Terima kasih”. Kedengaran satu pengumuman di corong pembesar suara.Cikgu Hajar , guru matapelajaran Biologi memberhentikan aktiviti pembelajaran selepas pengumuman dibuat.Aku dan rakan-rakan bergerak turun menuju ke blok E untuk menyusun meja dan kerusi di dewan peperiksaan untuk aku gunakan semasa SPM dijalankan. Sedang aku ingin menuruni tangga,,tiba-tiba kedengaran satu suara yang memanggil nama aku dengan nada suara yang kuat.Langkah yang aku atur terhenti seketika dan aku berpaling ke belakang. “Zara, aku nak mintak tolong dengan kau boleh?”Fandi meminta. “Bergantung pada petolongan yang kau nak suruh aku tolong kau” “Aku nak mintak tolong kau reka cerita.Ermm,kau cakap kat Fifah yang kau ada nampak aku ngan pompuan lain kat dalam kelas tengah bergurau-gurau mesra.Bila kau masuk je kelas ,aku lari.Boleh? Aku nak tahu peratus kepercayaan Fifah kat aku.” “Hadoi.Susah tu pertolongan kau.Tak nak larh aku tolong.Sory.” “Zara,please.Tak kan dengan kawan pon kau nak berkira kowt.Alah,kali ini je aku mintak tolong kau.Please,please” “Bukan masalah aku ni kawan kau tapi permintaan kau tu susah lah ,ngok.Ok ok , nanti aku fikirkan rancangan `jahat` kau ni.” “Yes,thanks Zara.” Aku berlalu pergi tanpa berkata apa-apa dan meneruskan perjalanan aku ke blok E.Mata aku liar mencari Fifah untuk menjalankan rancangan `jahat` Fandi itu. “Ahaa,jumpa pun minah ni.kuat betul berjalan.Letih aku.”bisik hatiku.Lalu,aku mengorak langkah kearah Fifah. “Oii, Fifah.Kat sini kau rupanya.Puas aku cari kau satu sekolah.Kau pergi mana? “Kau ni kenapa! Tadi classmate aku nak snap gamba kelas untuk kenangan akhir tahun kitorang.Pehal kau cari aku nie? Penting sangat ke ?” Lalu aku menceritakan pada Fifah tentang apa yang diberitahu.Ku kira rancangan itu tidak berhasil.Tapi Fifah mempercayai apa yang telah aku ceritakan. “Boleh kau berenti tak cerita benda nie?” “Fifah, aku mintak maaf sangat.Actually,aku tak nak cerita pasal ni kat kau.Tapi aku rasa kau perlu tahu benda ni.” “Tak pe .Memang patut kau bagitau aku.At least ,aku boleh tahu perangai sebenar si Fandi tu.Thanks ,Zara.Ermm,aku pergi naik dewan tingkat atas dulu k.Bye.Ohh,one more thing,kau tolong kirim salam kat mamat tu and that `lucky`minah.” Belum sempat aku menjawab apa –apa ,Fifah sudah pergi meningglkan aku.Hati aku tiba-tiba rasa kurang senang dengan tindakan Fifah tadi.Aku mengekori Fifah dalam diam.Dan sangkaan aku memang tepat ,,Fifah sedang teresak-esak menagis di balik timbunan kerusi.Aku bersalah.Aku meninggalkan seorang diri melayan perasaannyaitu.Nampaknya aku harus beritahu Fandi pasal Fifah.Sedang aku mencari , aku ternampak kelibat Fandi yang sedang berbual rancak dengan Hafiz dan memberitahu situasi sebenar Fifah. “Betul ke Fifah nangis? Kau jangan nak membongak aku k” “Oii,dah kau yang suruh aku cakap macam tu kan. So, aku cakap je larh apa yang kau suruh.Sekarang macam mana ni?” Diam. “Hello, aku bercakap dengan tunggul kayu ke ni?”aku bertanya. “Macam nil ah.Kau bagitau jelah hal sebenar.Aku tak sampai hati nak tengok Fifah nangis macam tu.” “Berani buat , berani tanggung ok!” Aku kembali ke tempat terakhir Fifah tadi.Aku menceritakan hal sebenar sambil memegang tangan Fifah.Air mata Fifah laju mengalir seperti air sungai yang mengalir.Fifah merentap tangan aku dan berkata “SAMPAI HATI KORANG KAN!TERIMA KASIH SANGAT-SANGAT BUAT AKU MACAM NI” Fandi melihat apa yang berlaku antara aku dan Fifah dari jauh.Selepas Fifah pergi meningglkan aku,aku berpaling dari menunjukkan isyarat untuk Farid memujuk Fifah. Aku menunggu ibu datang mengambilku pulang di tempat biasa.Selalunya,aku akan bersama Fifah.Tapi ,aku bersendirian.Kelibat Fifah pun aku tidak nampak ini kan pulak empunya diri.
Hurmm,,tak pasal-pasal aku pulak yang berasa bersalah kat Fifah..Nie si toyol tu punya pasal la nie,,Aku pulak yang kena.Tiba-tiba handphone aku bergetar menandakan mesej masuk.Rupa-rupanya Amir yang hantar mesej.Dia menanyakan keadaan Fifah.Aku pun balas mesej dia,aku cakap kat dia yang Fifah bengang giler dan aku minta Amir supaya bagi tahu kat Fandi supaya pujuk balik makwe dia tu.Pening aku dibuatnya.Entah apa laa si Fandi tu pujuk Fifah.Terpulang pada dia laa.Aku dah agak perkara nie akan terjadi tapi dia bukan nak dengar pun apa yang aku cakap.Keesokkannya,,aku terserempak dengan Fandi kat tangga.’Oitt,macam mane dengan awek kau??’tanya ku.’Macam mane lagi,,dia marah kat aku la,’,jelas Fandi.’Tu la,aku dah cakap kat kau awal-awal tapi kau tak nak dengar.Sekarang dengan aku-aku sekali dia marah.Ni last time aku buat.Kalau tak suruh aku perbetulkan balik tak apa laa juga nie kau suruh aku perbetulkan balik.Bukan kau yang kena buat tapi aku yang kena buat!!’,marahku kepada Fandi.Ok2 aku minta maaf,aku hanya nak test dia je.Tak sangka pula dia akan percaya,kata Fandi lagi.’Terpulang kat kau laa,malas aku nak layan,’kataku sambil berlalu pergi,.
Hari berlalu,,Amir nampaknya sudah tidak pedulikan aku,…Mungkin memikirkan exam yang semakin hampir,,Aku tidak menghiraukan dia mahupun Hakim..Hatiku masih sakit memikirkan Hakim yang sanggup melepaskan aku kepada Amir tanpa memikirkan perasaan aku..hati aku hancur…hampir demam bila aku tahu yang dia sanggup melakukan aku sedemikian rupa..Aku tak menyangka yang dia sanggup buat macam tu,…menyerahkan aku macam tu sahaja.,.dia cakap dia sayangkan aku tetapi kenapa dia sanggup dia buat aku macam tu.,,Setiap kali teringatkan peristiwa itu hatiku menjadi sebak,..tetapi aku telah berjanji pada diriku tidak akan memikirkan perkara tu lagi.Apa pun sebabnya lambat laun aku akan tahu juga nanti.
Beberapa hari kemudian,Amir kembali menegur ku sebagai seorang kawan..Mungkin dia boleh terima kenyataan yang sebenar…tapi anggapan salah,,Amir masih menaruh harapan kepadaku,,Fifah cakap yang Amir sudah cuba untuk melupakan aku tapi tidak boleh,,,tapi tak mengapa asalkan dia layan aku sebagai seorang kawan..soal ini perlukan waktu..Hakim betul sudah berubah..Kadang-kadang aku tak faham dengan keputusan yang dia buat.Aku rasa dengan apa yang dia lakukan belum tentu akan menjamin kebahagiaan aku dengan dia walaupun telah bawa haluan masing-masing
Hari semakin berlalu,aku teruskan hidup ku macam biase..Kesakitannya tetap sama…Apa yang mampu aku lakukan hanya berdoa kepada allah supaya dapat melupakan semua ni..Hal aku dengan Amir semakin rumit..Semua orang fikir yang aku couple dengan dia,,,Aku dah tak tau nak buat apa dengan semua nie..Aku bukannya tidak mahu menerimanya tetapi perasaan aku terhadapnya kosong,,,Hakim masih dengan sikapnya yang tak kisah,,entahlaa aku malas nak ambil tahu pasal dia lagi..Peristiwa dulu buat aku membenci dia,, Amir masih tak berputus asa,,Malah makin kuat dia cuba mendekati aku…Aku cuma layan dia sebagai kawan,,kadang-kadang aku merasa kasihan melihat dia tetapi aku tak boleh terima dia jika itu sebabnya,,,Huh!!sungguh merumitkan,,spm sedang berlangsung sekarang..Aku cuma nak tumpukan perhatian pada spm sahaja,,selepas tu aku nak lupakan segala-galanya yang telah terjadi..Aku harap lepas habis exam semua ni akan kembali tenang dan peristiwa itu tidak lagi aku ingati.. Lepas seminggu spm,cikgu fizik kami mengadakan kelas kerana masih ada cuti seminggu sebelum peperiksaan kertas fizik bermula.Kelas fizik diadakan selama tiga hari.,Dalam masa itu jugak la Amir cuba mendekati aku.Aku rasa serba salah.Macam-macam tanggapan orang terhadap hubungan aku dengan Amir.Urghhh!!!kalau boleh aku nak lari dari semua tu.Namun,pada hari kedua kelas fizik,,aku cuba untuk jauhkan diri aku daripada dia.Mungkin tindakan aku itu telah buat dia sedar akan segala-galanya.Selepas aku balik dari sekolah,aku pun bukak facebook.Tiba-tiba ada mesej chatting dia hantar kat aku…Aku pun balas mesej dia. Amir: Aku minx maaf.aku minx maaf.aku minx maaf... aku clap kt kau..aku mnysal mgku aku ske kt kau n ajk ....... kau...... maaf...sblum ni aku x sdr akn stu prkara ini.. prkra inilh yg mnydrkn aku akn kslhn aku... aku mls nk cter pnjg..cme aku nk kau jgn fkir yg aku trllu mghrapknmu... plez..jgn... jgn hraukn apa yg Fandi ckp kt kau... prasaanku x sprti ape xyg dy ckp.. prasaanku trhdpmu dcpta olehNya..hnya Dia shja yg dpt mmadam prasaan ini.. k assalamualaikum.. slm kbahagiaan.. Hapy deepa...maaf zhir n batin
Itulah mesej yang Amir hantar kat aku..Akhirnya dia sedar tentang perkara ini..Aku harap perkara nie dah tak berulang lagi.. Amir membuat keputusan yang tepat…Aku bersyukur sebab perkara ini dah selesai akhirnya..Sekarang aku perlu teruskan hidup aku.,Aku dah tak mahu ingat kisah yang telah berlalu,, |